Isnin, 31 Disember 2007

Harapan seorang bapa

Nangis si kecil menandakan sihat,
gembiranya parent terselit kebimbangan,
melihat si kecil bak kain putih untuk di corak dan di cat,
harapnya pemuda islam yang bermanfaat.

Riuh bilik pembedahan. Teriakan bayi di sambut gelak tawa gembira si ibu dan ayah. Tak kurang juga doktor yang berusaha. Didukung si ayah tanda sayang. Ibu yang dalam pantang hanyamampu tersenyum gembira. Si kecil meningkat usia mencecah 2 bulan. Kini sudah mula makan.Tapi hanya bubur yang mampu.

Ta teh, ta teh. si ayah cuba mengajar si kecil yang masih bersemangat. Akhirnya berjaya juga berjalan. Tahun demi tahun si anak meningkat ke alam sekolah rendah. Bukan lagi kecil. Bukan hanya berjalan bahkan berlari serta melompat. Kini si anak sudah mula melihat dunia luar. Dalam keadaan fitrah dia berkata "kesiannya mereka, mereka bagai sebati dengan dosa". Bangga si parent mendengar. Masa terus berlalu dengan keizinan Tuhan yang mentadbir alam. Si anak sudah berumur matang. Sudah pandai merokok, bertemankan perempuan di sisi, berjalan terus mengikut arus dunia yang dahulu di katakan dosa. Kini sudah mula lupa erti dosa. Hampa ibu dan bapa. Setelah penat mengandungkan si anak, melahirkan si anak, mendidik si anak, tidak pernah diajar untuk melakukan dosa, hanya ajaran islam yang disampaikan. Sangat hampa. Pernah sekali si bapa cuba menegur, tapi di balas tengking si anak. Bertambah perit hati si bapa. Melihatkan si anak yang makin tak tentu hala. Menangis memohon bantuan pada Allah tak kira waktu. Apa yang diharapkan semakin kabur. Kerana hanya itu yang si parent mampu, mendidik dan memberi tunjuk ajar. Terserah pada si anak untuk memilih hala hidupnya sendiri.

Begitulah sebenarnya realiti pemuda sekarang. Mungkin masih ramai yang menjadi pujaan ibubapa tatkala apa yang diharapkan ibubapa tertunaikan oleh si anak. Tapi bukan itu yang saya maksudkan, bukan harapan ibubapa yang saya maksudkan. Tetapi harapan agama. Ya, agama yang kita anuti sekarang. Agama Islam. Begitu besar harapan agama pada pemuda. "Pemuda adalah rahsia kebangkitan sesuatu ummah". Ya, hanya dengan pemuda, islam akan bangkit. Tetapi bukan pemuda yang biasa, tapi yang luar biasa. Begitulah islam mendidik. Dengan adanya Al-Quran sebagai panduan dan Ar-Rasul sebagai murobbi. Begitu besar harapan islam untuk melihat islam di julang tinggi di seluruh dunia. Hanya mereka yang bijak akan memilih islam sebagai cara hidup. Periksalah kesihatan islam kita. Segalanya bergantung pada kita.

"Jangan antum menghampakan harapan ummat padahal di saat itu antumlah harapan bagi umat islam"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan