Isnin, 31 Disember 2007

Harapan seorang bapa

Nangis si kecil menandakan sihat,
gembiranya parent terselit kebimbangan,
melihat si kecil bak kain putih untuk di corak dan di cat,
harapnya pemuda islam yang bermanfaat.

Riuh bilik pembedahan. Teriakan bayi di sambut gelak tawa gembira si ibu dan ayah. Tak kurang juga doktor yang berusaha. Didukung si ayah tanda sayang. Ibu yang dalam pantang hanyamampu tersenyum gembira. Si kecil meningkat usia mencecah 2 bulan. Kini sudah mula makan.Tapi hanya bubur yang mampu.

Ta teh, ta teh. si ayah cuba mengajar si kecil yang masih bersemangat. Akhirnya berjaya juga berjalan. Tahun demi tahun si anak meningkat ke alam sekolah rendah. Bukan lagi kecil. Bukan hanya berjalan bahkan berlari serta melompat. Kini si anak sudah mula melihat dunia luar. Dalam keadaan fitrah dia berkata "kesiannya mereka, mereka bagai sebati dengan dosa". Bangga si parent mendengar. Masa terus berlalu dengan keizinan Tuhan yang mentadbir alam. Si anak sudah berumur matang. Sudah pandai merokok, bertemankan perempuan di sisi, berjalan terus mengikut arus dunia yang dahulu di katakan dosa. Kini sudah mula lupa erti dosa. Hampa ibu dan bapa. Setelah penat mengandungkan si anak, melahirkan si anak, mendidik si anak, tidak pernah diajar untuk melakukan dosa, hanya ajaran islam yang disampaikan. Sangat hampa. Pernah sekali si bapa cuba menegur, tapi di balas tengking si anak. Bertambah perit hati si bapa. Melihatkan si anak yang makin tak tentu hala. Menangis memohon bantuan pada Allah tak kira waktu. Apa yang diharapkan semakin kabur. Kerana hanya itu yang si parent mampu, mendidik dan memberi tunjuk ajar. Terserah pada si anak untuk memilih hala hidupnya sendiri.

Begitulah sebenarnya realiti pemuda sekarang. Mungkin masih ramai yang menjadi pujaan ibubapa tatkala apa yang diharapkan ibubapa tertunaikan oleh si anak. Tapi bukan itu yang saya maksudkan, bukan harapan ibubapa yang saya maksudkan. Tetapi harapan agama. Ya, agama yang kita anuti sekarang. Agama Islam. Begitu besar harapan agama pada pemuda. "Pemuda adalah rahsia kebangkitan sesuatu ummah". Ya, hanya dengan pemuda, islam akan bangkit. Tetapi bukan pemuda yang biasa, tapi yang luar biasa. Begitulah islam mendidik. Dengan adanya Al-Quran sebagai panduan dan Ar-Rasul sebagai murobbi. Begitu besar harapan islam untuk melihat islam di julang tinggi di seluruh dunia. Hanya mereka yang bijak akan memilih islam sebagai cara hidup. Periksalah kesihatan islam kita. Segalanya bergantung pada kita.

"Jangan antum menghampakan harapan ummat padahal di saat itu antumlah harapan bagi umat islam"

Isnin, 24 Disember 2007

Perasaan Ini

Merantau di seantaro dunia,
melihat ragam manusia,
pelbagai kelebihan dikurnia,
bersyukurlah kepada-Nya.

Melihat manusia yang pelbagai,
aku juga ingin seperti dia,
mempunyai rupa paras yang cantik,
mempunyai suara yang merdu harmoni seperti dia,
mempunyai kepintaran seperti dia,
mempunyai tubuh badan seperti dia,
ramahnya dia, aku juga ingin menjadi seperti itu,
pandainya dia menarik perhatian, aku juga ingin seperti itu,
senangnya hati dia tersentuh, mengapa aku tidak,
pandainya dia mengatur hidupnya, aku juga ingin mengatur hidupku seperti dia.

Mengapa dia begitu?! Mempunyai kebolehan yang aku juga inginkan sedang aku di sini masih belum tercapai. Mengapa aku tidak mampu?! aku juga ingin begitu! argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Mengapa aku masih di sini, tertinggal jauh di belakang, aku juga ingin maju laju terus kehadapan.
ARGH!!!!!!!!!!!!!!!!

Begitulah hati kecil ini berbicara, begitu besar harapan dan kemahuannya, kalo boleh semua mahu di perolehi, tanpa menilai takat mana kemampuan diri. Begitulah hati.

Sering kita terlupa, kita mahukan pelbagai macam benda, terkadang menangis bila tidak tercapai, dengki melihat orang lain mampu sedang diri terkaku diam. Lupa pada siapa perlu merayu, terlupa tanggungjawab yang dipikul di bahu. Mungkin kita sering merayu memohon pelbagai dan bermacam2 benda yang mahu diperolehi, tapi kita sering terlupa bagaimana hubungan kita dgn Yang Maha Mendengar rintihan dan rayu pohon doa kita. Itu lah kita, manusia yang sering alpa, lupa, lemah tak bermaya tanpa-Nya.

Semua benda adalah milikNya, pohon dan mintalah padaNya. Mungkin tak diterima disebabkan masalah hubungan kita dengan-Nya. Koreksi diri, muhasabah selalu, perbaiki diri, Insyallah maju

Isnin, 17 Disember 2007

"Tak pe la, Allah dah tetapkan apa yang terbaik untuk di perolehi, nak wat cam ner"

Salam,

Satu perkataan yang selalu kita dengar;
"tak pe la, ini/itu lah yang terbaik untuk ana, nak wat camne"
sering kita ucapkan tak kira benda tu kita suka atau tidak, katanya beriman dengan ayat al-quran; "boleh jadi satu perkara itu kamu suka sedang sebenarnya itulah yang buruk buat kamu, dan boleh jadi satu perkara kamu tidak suka sedang itulah perkara yang baik buat kamu."

Tapi kita terlupa, setiap perkara ada hikmah, perlu difikir untuk perolehinya, bukan ditunggu ketibaannya. betul la, dunia untuk orang bijak. hanya orang yang menghalakan pemikiran untuk kaya akan kaya, hanya orang yang menghalakan pemikiran untuk berkuasa akan berkuasa.

Bayangkan di zaman Rasullah, ketika kekalahan perang uhud, sekiranya ada yang berkata "tu la yang terbaik". memang betul tu la yang terbaik, terbaik untuk kita mengambil pengajaran dan pelajaran, demi peperangan akan datang, agar tidak berulang kesilapan yang menyebabkan kekalahan yang sama. Perlu berfikir untuk mendapat yang terbaik. Bayangkan jika para sahabat tidak memikirkan kesalahan2 mereka ketika peperangan uhud, hanya berkata "itu lah yang terbaik" tanpa menghalakan pemikiran untuk berfikir pengajaran dan pelajaran di sebalik peristiwa yang berlaku. Pasti mereka melakukan kesilapan yang sama di lakukan tika perang uhud.

Contoh lain ketika kematian Baginda s.a.w. Sekiranya sahabat tidak memikirkan apa yang perlu dilakukan pasti tiada khilafah, pasti islam tidak di pimpin, pasti saidina Umar telah membunuh ramai orang, pasti kucar-kacir agama ini. Tetapi mereka bukanlah orang biasa, merekalah jillulquran yang di tarbiyyah oleh Baginda Rasulullah. Mereka berfikir. Bukan pemikir biasa.

Memang itulah beza kita dengan haiwan. Itulah yang meniggikan darjat kita, jika kita menggunakan sebaiknya. Memang itulah faktor kemajuan, penigkatan, kekuatan, jika kita berfikir sebaiknya.

Akhir kata, guna lah kelebihan yang di kurnia sebaiknya. Memang itulah yang para sahabat lakukan sehingga berjaya dan terus menerus maju berjaya dunia dan akhirat.

Ahad, 9 Disember 2007

Cuti2 di rantauan

Salam,

Cuti ni ramai pelajar2 hira' yang bercuti di luar negara, ada yang pergi singapore, indon, newzealand, bahrin, haji, dan mungkin ramai lagi yang tidak di ketahui. Dengan pelbagai tujuan mereka pergi dan pulang semula insyallah.

Ingin berkongsi satu cerita, pabila penulis keluar dengan kawan tadikanya, Ahmad yang baru balik dari newzealand. kami keluar bersama2 bersiar2 di plaza low yat. Kami bersembang pelbagai perkara, penulis bercerita mengenai apa yang berlaku di malaysia sepanjang ketiadaan Ahmad. Ahmad pula bercerita mengenai pengalamannya di tanah asing. pelbagai kesah ingin di kongsikan. mungkin hanya beberapa yang boleh turut dimuatkan bagi perkongsian kita semua;

*****
Ahmad: kalo kat sana(newzealand), nak cari kasut memang susah
Penulis: Asal susah lak, sume kaki ayam ke kat sana?
Ahmad: x der la sampai camtu
Penulis: abis tuh?
Ahmad: kat sana kebanyakkan kasut sume diperbuat dari kulit babi, kalo ader kasut kulit kat kulit tu ader 3 bintik tu kulit babi la tuh, mana taknya, kebanyakkan kat sana sume di import dari china, barangan local sikit jer....
~~~
Kulit babi menguasai newzealand

*****
Penulis: kalo kat sana ader x pakaian gotic2, skin2, punk2 atau ala2 jahilliyyah?
Ahmad: kalo kat sana....nak cari budaya camtu susah la, kalo ader pun kat bandar jer. itupun sebab kat bandar byk org asing yang bawak masuk budaya2 tuh, tapi bandar pun ader 2 jer kat sana, yang lain sume kampung.
Penulis: oh....ramai ker org islam kat sana?
Ahmad: kalo kat sana x der la ramai sangat tapi kalo tgk gaya berbanding malaysia yg negara islam konon nya, kat sana lagi OK dari segi pakaiannya,walaupun sexy2 tapi x der gambar2 yang menunjukkan jahilliyyah sgt, baju putih x der corak. Dari segi adab sopan ngan ramah kat sana lagi OK berbanding malaysia, kalo duk sana lagi aman n tenang....
~~~
Islamnya negara kita

*****
Penulis: kalo kat sana perokok ramai x?
Ahmad: kalo ada pun diorg x rokok kat public macam kat malaysia, diorg rokok membahayakan nyawa diri jer, org lain x kena tempias2 perokok sbb diorg rokok kat satu tmpt khas utk merokok
~~~
MalaysiaKu sihat!

*****
Penulis: kalo sume OK2 jer, time bile bleh tgk jahiliyyah kat sana?
Ahmad: kalo kat sana leh tgk time malam jer, sbb ramai org mabuk2 minum arak, tp time malam jer ader, kalo siang nak kuar hirup udara segar sampai ke dada, cuma malam baik hirup udara dlm rumah jer la
~~~
Sana=malam
Sini= 24jam

*****************
Bila la negara kita nak amalkan islam sebaiknya,
pasti maju.
Bila la asia ni nak amalkan sistem islam,
pasti damai.
Bila la dunia ni nak amalkan syariat Allah,
pasti bersatu.
Bila la nak muncul empayar khilafah islamiyyah,
pasti di naungi.

Sabtu, 8 Disember 2007

AVATAR

Hari jumaat, di KLsentral, kelihatan penulis bersama 6 org
rakannya sedang duduk menonton AVATAR di siaran TV3.
*****
"If you want to learnt .....(x ingat aper dier ckp), you must think about someone you love" dan tok guru dia sambung " and you must forget her to learnt....(juga x ingat ckp aper)" tetapi avatar x sanggup untuk melupakan kekasih yang dier cintai selama ini. Lalu meninggalkan lesson, membiarkan gurunya keseorangan.
*****
Terfikir satu perkara;
apabila teringatkan dunia ini satu perjuangan,
dunia ini penuh penipuan,
dunia tempat pencarian bekalan,
hanya persinggahan

Memang sunnah perjuangan akan melalui satu ujian,
satu cabaran, satu halangan, satu kesulitan, demi melihatkan para pejuang
yang betul2 berjuang.

Meninjau realiti hira' di tahun ini, memang berbeza sedikit dengan tahun lepas,
mungkin kerana ramainya orang2 yang meminati akan tarbiyah dan da'wah di sini,
memang tidak dinafikan memang ramai pada tahun ni yg begini, semangat2.
Bagus! Tahniah! Teruskan!

Tapi ingat,
memang sunnah perjuangan akan berkurang orang2 berjuang,
apabila melalui tapis2 kepentingan diri, kesanggupan teruji, keresahan melanda hati,
hilang jati diri, maka berkuranganlah mereka yang berjuang.

Tapi ingat,
angkatan perjuangan tidak akan goyah dengan pemergian 'mereka',
kerna bukan mereka pejuang sebenar,
kerna masih belum mengenal erti perjuangan,
masih dalam keseronokan pinjaman.

Sudah jelas,
perjuangan tidak memerlukan mereka yang berkepentingan diri,
mereka yang sebenarnya tidak sanggup untuk berjuang,
bukan mereka yang boleh turut berjuang,
perlukan konsisten dalam perjuangan
kerana inilah sunnah perjuangan,
satu ketetapan,
satu ujian.

Rabu, 5 Disember 2007

Bismillah wa Alhamdulillah

Sedar atau tanpa tidak di sedari sudah sebulan kita bercuti, melihat dunia luar, menghirup udara 'segar', melalui realiti sebenar, yang juga tempat ujian sebenar. Tahniah bagi mereka yang setia istiqomah dalam amal yang di lakukan, dan byk2 muhasabah bagi mereka yang masih tergapai di dlm arus yang membahayakan. Hanya sedikit pengalaman yang ingin di kongsikan di sini, bersama orang yang bercuti, melihat aktiviti, sedikit motivasi.

~~~~~

*zohor, surau cabin seksyen 20 shah alam

5org(penulis,penghuni s20 3org adik beradik, penghuni s7) baru sahaja selesai solat zohor secara berjema'ah di koridor surau, kepenatan berbaringan,
tetiba muncul seorg lagi kwn menaiki basikal(penghuni s20),
lama seketika muncul lagi sorg membawa bekas duit(penghuni s20). Semuanya kini 7org.
Setelah berkumpul dan berbual seketika kami berjalan kaki menuju Alamanda. "jauhnyer, leh sampai ker?" penulis merungut, oh...rupanya Alamanda yg di maksudkan adalah nama dewan di seksyen20. Kami menuju ke pusat kitar semula yg juga didalam kwsn Alamanda. Mereka itulah sebenarnya yang selalu menolong di pusat kitar semula di situ. Segala hasil kitar semula di situlah yang menyebabkan surau cabin dpt di bina. Kami tolong kemas apa yang patut. Sepanjang proses mengemas terdapat 2 kali pelanggan yg datang menjual barang2 yg boleh dikitar. Mesra menyambut. Setelah penat mengemas, kami terlihat akan speaker, seperti masih baru. Kami menguji 3 speaker dan kami mendapati masih elok. Pelik....ada juga org yang membuang bahan yang masih boleh diguna. mungkin mereka dah kaya kot. 3 speaker tersebut diambil oleh penulis,penghuni s7 dan satu lagi diambil penghuni s20. Penulis kagum melihat seorg lagi penghuni s20 yg baru dikenalinya sebentar tadi yang juga pembawa bekas duit, berumur 16thn, nampak rajin dan ringan tulang. Alhamdulillah, ada juga remaja yang bagus2 di luar. Jam hampir memasuki waktu asar, kami berjalan pulang menuju rumah Allah, selesai solat asar berjemaah kami berpisah, ada yang balik dan ada yg terus ke padang menunaikan tanggung jawab badan. penulis balik menumpang penghuni s7, bersama2 speaker yg diambil di pusat kitar semula.

~~~~~

PENGAJARAN:
1. Isilah masa kosong dgn sebaiknya utk di jawab di akhirat dgn jayanya(terutama ktk cuti ni)
2. Pahala membina tempat ibadat amatlah besar
3. Berkawanlah serta berkasih sayanglah dengan orang yang mencintai agama ini
4. Cintailah alam sekitar agar dunia hijau kembali bersama kegemilangan islam
5. Mengutamakan solat sebagai tiang agama
dan banyak lagi pengajaran yang boleh difikirkan bagi mereka yang suka berfikir....

wslm...