Rabu, 5 Disember 2007

Bismillah wa Alhamdulillah

Sedar atau tanpa tidak di sedari sudah sebulan kita bercuti, melihat dunia luar, menghirup udara 'segar', melalui realiti sebenar, yang juga tempat ujian sebenar. Tahniah bagi mereka yang setia istiqomah dalam amal yang di lakukan, dan byk2 muhasabah bagi mereka yang masih tergapai di dlm arus yang membahayakan. Hanya sedikit pengalaman yang ingin di kongsikan di sini, bersama orang yang bercuti, melihat aktiviti, sedikit motivasi.

~~~~~

*zohor, surau cabin seksyen 20 shah alam

5org(penulis,penghuni s20 3org adik beradik, penghuni s7) baru sahaja selesai solat zohor secara berjema'ah di koridor surau, kepenatan berbaringan,
tetiba muncul seorg lagi kwn menaiki basikal(penghuni s20),
lama seketika muncul lagi sorg membawa bekas duit(penghuni s20). Semuanya kini 7org.
Setelah berkumpul dan berbual seketika kami berjalan kaki menuju Alamanda. "jauhnyer, leh sampai ker?" penulis merungut, oh...rupanya Alamanda yg di maksudkan adalah nama dewan di seksyen20. Kami menuju ke pusat kitar semula yg juga didalam kwsn Alamanda. Mereka itulah sebenarnya yang selalu menolong di pusat kitar semula di situ. Segala hasil kitar semula di situlah yang menyebabkan surau cabin dpt di bina. Kami tolong kemas apa yang patut. Sepanjang proses mengemas terdapat 2 kali pelanggan yg datang menjual barang2 yg boleh dikitar. Mesra menyambut. Setelah penat mengemas, kami terlihat akan speaker, seperti masih baru. Kami menguji 3 speaker dan kami mendapati masih elok. Pelik....ada juga org yang membuang bahan yang masih boleh diguna. mungkin mereka dah kaya kot. 3 speaker tersebut diambil oleh penulis,penghuni s7 dan satu lagi diambil penghuni s20. Penulis kagum melihat seorg lagi penghuni s20 yg baru dikenalinya sebentar tadi yang juga pembawa bekas duit, berumur 16thn, nampak rajin dan ringan tulang. Alhamdulillah, ada juga remaja yang bagus2 di luar. Jam hampir memasuki waktu asar, kami berjalan pulang menuju rumah Allah, selesai solat asar berjemaah kami berpisah, ada yang balik dan ada yg terus ke padang menunaikan tanggung jawab badan. penulis balik menumpang penghuni s7, bersama2 speaker yg diambil di pusat kitar semula.

~~~~~

PENGAJARAN:
1. Isilah masa kosong dgn sebaiknya utk di jawab di akhirat dgn jayanya(terutama ktk cuti ni)
2. Pahala membina tempat ibadat amatlah besar
3. Berkawanlah serta berkasih sayanglah dengan orang yang mencintai agama ini
4. Cintailah alam sekitar agar dunia hijau kembali bersama kegemilangan islam
5. Mengutamakan solat sebagai tiang agama
dan banyak lagi pengajaran yang boleh difikirkan bagi mereka yang suka berfikir....

wslm...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan