Isnin, 17 Disember 2007

"Tak pe la, Allah dah tetapkan apa yang terbaik untuk di perolehi, nak wat cam ner"

Salam,

Satu perkataan yang selalu kita dengar;
"tak pe la, ini/itu lah yang terbaik untuk ana, nak wat camne"
sering kita ucapkan tak kira benda tu kita suka atau tidak, katanya beriman dengan ayat al-quran; "boleh jadi satu perkara itu kamu suka sedang sebenarnya itulah yang buruk buat kamu, dan boleh jadi satu perkara kamu tidak suka sedang itulah perkara yang baik buat kamu."

Tapi kita terlupa, setiap perkara ada hikmah, perlu difikir untuk perolehinya, bukan ditunggu ketibaannya. betul la, dunia untuk orang bijak. hanya orang yang menghalakan pemikiran untuk kaya akan kaya, hanya orang yang menghalakan pemikiran untuk berkuasa akan berkuasa.

Bayangkan di zaman Rasullah, ketika kekalahan perang uhud, sekiranya ada yang berkata "tu la yang terbaik". memang betul tu la yang terbaik, terbaik untuk kita mengambil pengajaran dan pelajaran, demi peperangan akan datang, agar tidak berulang kesilapan yang menyebabkan kekalahan yang sama. Perlu berfikir untuk mendapat yang terbaik. Bayangkan jika para sahabat tidak memikirkan kesalahan2 mereka ketika peperangan uhud, hanya berkata "itu lah yang terbaik" tanpa menghalakan pemikiran untuk berfikir pengajaran dan pelajaran di sebalik peristiwa yang berlaku. Pasti mereka melakukan kesilapan yang sama di lakukan tika perang uhud.

Contoh lain ketika kematian Baginda s.a.w. Sekiranya sahabat tidak memikirkan apa yang perlu dilakukan pasti tiada khilafah, pasti islam tidak di pimpin, pasti saidina Umar telah membunuh ramai orang, pasti kucar-kacir agama ini. Tetapi mereka bukanlah orang biasa, merekalah jillulquran yang di tarbiyyah oleh Baginda Rasulullah. Mereka berfikir. Bukan pemikir biasa.

Memang itulah beza kita dengan haiwan. Itulah yang meniggikan darjat kita, jika kita menggunakan sebaiknya. Memang itulah faktor kemajuan, penigkatan, kekuatan, jika kita berfikir sebaiknya.

Akhir kata, guna lah kelebihan yang di kurnia sebaiknya. Memang itulah yang para sahabat lakukan sehingga berjaya dan terus menerus maju berjaya dunia dan akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan