Selasa, 2009 November 24

Mungkin hitam bleh nampak seakan putih???


*hiasan shj(indah?)

alhamdulillah, masih lagi dikurniakan iman guna mentafsir dunia yang kian menyilau...

ya..seperti gambar di atas.. persoalan mudah indah atau tidak?? biasa kita dengar ukhwah itu indah.. tapi btul ke?? kalo btul asal susah nak cari sahabat??kalo btul asal slalu berdendam n ckp blkg??

biasa kita dengar solat itu syok dan merehatkan...tapi btol ke?? kalo btol kenapa org malas2 solat... lagi malas kalo dah penat...bkn ke solat itu merehatkan??

biasa juga kita dgr qiam itu memberi tenaga dan semestinya pahala...tapi kenapa ramai org meninggalkan qiam takut penat di siang hari??ramai juga yg tidur nyenyak sedang tlh diketahui bahawa akan diganjarkan pahala??

sudah kita maklum peranan dakwah dan kebaikannya...tapi kenapa sering kita tolak jauh2?? x mampu berkorban utk ini?? x serius dlm memperjuangkannya...

slalu kita dgr bahawa islam lah agama yg paling sesuai...tapi jarang skali kita menjumpai muslim yg mengamalkan islam sepenuhnya....

agaknya knp aik?? pelik....

segala yg bagus kita tinggalkan...walaupun sudah dimaklumi...
tp segala yg buruk kita cuba kejar dan amalkan...walaupun sudah dimaklumi
banyak yg kita tahu, tapi knp kita nafikan??

bknkah akhirat itu lebih baik dari dunia???
tp knp dunia yg dicari??

*mungkin post kali ini hanya banyak persoalan, bagi sesiapa yg ingin jawab silakan di ruang komen

Isnin, 2009 Oktober 19

Generasi Harapan!!

Assalamualaikum....
terasa lama pulak penulis tinggalkan blog ni....

Nak cita kat sini.. hari tu sekolah penulis ada buat ujian kemasukkan utk sesi taun dpn selama 5hari.. maka ramai la bdk darjah 6 yg dtg..satu kata2 lebih kurang mcm ni la bunyinya "sesuatu perkara tidak akan diterima melainkan hati si pemberi dan si penerima bersih". Untuk pengetahuan..penulis sgt tertarik dgn bdk2... dgr bdk2 cakap terasa tenang, dgr bdk2 bernasyid terasa syahdu, mungkin tu la sebabnya, bdk2 masih bersih...

Penulis cuba mengambil kesempatan 5hari yg ada utk bergaul bersama mereka,tapi malangnya di sibukkan dgn benda lain, menyebabkan penulis hanya sempat pada malam dan hari terakhir, mungkin hanya selama 15jam bersama mereka. Sungguh penulis terasa seronok gembira bersama mereka, mungkin kerna cara pergaulan mereka bkn seperti ramaja2 skrg, yela.. mereka pun ada background sekolah2 islam juga....menarik dan sgt tertarik...sempat juga la ingat2 nama & ambil email dan sbgnya..dlm tempoh yg sekejap itu juga la

Menjelang zohor sabtu mereka pulang berjumpa ibubapa tercinta, nyer la, 5hari tak jumpa, rindu la tu. Penulis pun terus tidur dari zohor terus sehingga asar,maklum la malam sblmnya penulis tidak tidur.. Setibanya malam... penulis berfikir

Alangkah indahnya mereka membesar dgn pentarbiyyahan yg baik, lihat muka ternampak sinar suci cahaya berkilau, terdetik di hati...inilah harapan, ya! inilah yg dinanti, yg layak membela agama ini! Ansarullah!! tp, masa berlalu membuatkn mereka akan terus membesar...membesar meningkat usia dari 12 ke 13, dan seterusnya..

Memikirkan usia yg sentiasa meningkat membuatkan penulis risau, sangat2 risau..apakah harapan ini akan terus menyala?? atau terpadam ditiup angin tarbiyah jahilliyyah sekeliling?? pabila di selidik ramai diantara mereka yg akan meneruskan di sekolah lama masing2.. tp setelah penulis merantau ke sekolah2 yg ada di malaysia ini.. hampir kesemuanya tidak mampu memberikan pentarbiyahan yg sempurna dan bagus seperti di sekolah penulis berada, bknlah penulis memperkecilkan sekolah2 lain, tp inilah yg penulis ketahui... sedih, terasa hancur hati pabila melihat mereka, generasi harapan bakal dihancurkan oleh sekolah2 yg dipilih... penat sudah penulis memujuk rayu mereka agar mendaftar masuk ke sekolah penulis, akhirnya mereka jugalah yg akan membuat pilihan...

akhirnya penulis menyimpulkan....selagi mana dunia ini atau secara khususnya malaysia ini tidak mengamalkan sistem islam, selagi islam tidak memimpin dunia ini, maka akan semakin ramai la manusia yg akan menjadi mangsa keadaan.. mangsa keadaan jahilliyyah yg mengotorkan segala fitrah suci remaja..

maka jgnlah lmbt dlm tarbiyyah, ingatlah!! sesaat kita lmbt pasti akan ada yg menjadi mangsa....so sentiasa laju memecut dlm menambah nilai2 di dlm diri dan terus bersama membina kembali daulah!! agar terbina generasi harapan, memacu keadilan memimpin dunia

fikirkan&hayatilah~

Jumaat, 2009 Ogos 21

Ahlan Ya Ramadhan Kareem!!


alhamdulillah, ahlan ya ramadhan....

yg pertamanya berjuta kemaafan di pohon drpd penulis krn sudah lama tidak menghantar post yg baru, mungkin di sebabkn keadaan penulis yg kerap keluar tidak berada di hadapan screen moniter, mungkin juga disebabkn penulis yg sedikit malas dalam meng'taip2' apa2 perkara, atau mungkin juga penulis.....,apa2 pun alasan yg pasti Allah sahaja yg tau dan memang inilah perancangan Allah... moga Allah sentiasa merahmati penulis dan pembaca insyAllah..



YA...Ramadhan karem bakal tiba, inilah dia bulan yg dinanti penuh mengharap, bulan rahmat pengampunan dan pelepasan dr api neraka, inilah bulan turunnya Al-quran yg merupakan perlembagaan buat umat islam, bulan yg berlakunya kemenangan peperangan pertama umat islam yg juga dgn kemenangan ini islam terus berkembang. ya, inilah bulan perubahan. sangat RUGI bg mereka yg tidak mengambil manfaat yg amat banyak pada bulan yg penuh manfaat melimpah ruah kebaikan dgn ganjaran dan tawaran hebat dari Allah. Betapa pemurahnya Allah

Jika ingin di'taip' kebaikan dan manfaat bulan ini pasti lenguh tangan sengal2 sendi meng'taip', tp belum tentu kita sbg penulis dan pembaca mengejar segala kebaikannya, yg lebih penting bknlah semua kebaikan yg ditulis buat tontonan mata membaca, tp yg lebih penting utk kita sama2 mengejar kebaikan dgn mengamalkan sebanyak mungkin ibadah2 di bulan ini.

Bagi penulis, diantara paling sepicial ramadhan ni adalah biah (walaupun byk lagi perkara sepicial yg ada pada bulan ini). Sering kita ungkap kan "bg ana yg sepicial kat hira ni adalah hira' ada biah solehah", tp tu hanya di hira' yang kecil, dan bukan sebulan penuh kita berada di hira', setiap hujung minggu biasa nya pelajar hira' akan terkotorkan dirinya pabila cuti wajib blk. TAPI nak di bandingkan dgn biah di bulan ramadhan yg meliputi seantaro dunia, sebulan penuh 30 hari, fuh! x terkira betapa dasyatnya. Kita melihat seantaro dunia bila tiba ramadhan akan memenuhkan masa dgn membaca Al-quran, berzikir, solat, selawat dan byk lagi amalan2 sunat yg lain (amalan sunat=amalan wajib). Bila satu dunia dilanda biah sebegini, maka inilah biah terhebat ciptaan Allah, x kira kecil muda besar tua, muslim non muslim, negara islam atau kafir, semuanya merasai kelainan ini.

Kita sebagai umat islam yang diperintahkan berpuasa dan ditawarkan oleh Allah pelbagai nikmat amat2 rugi sekiranya tidak mengambil manfaat pada bulan ini. sekurangnya lakukanlah perubahan kerana mereka yg tidak mampu berubah pada bulan ini pasti tidak mampu berubah pada bulan2 yg lain, mudah2an kita mampu membawa sejuta perubahan pada diri kita sendiri.

*****

mudah2an post kali ini mampu memberikan lonjakan amal utk kita lebih semangat menggandakan amal pada bulan ini insyallah