Jumaat, 25 Februari 2011

SANGKAR KEHIDUPAN

Assalamualaikum,

skdr perkongsian buat kita yg masih hidup..tetapi terkurung di dalam sangkar masing2...seperti juga saya

juga buat remaja yg tercari2 erti nilai dlm hidup..utk di buat pegangan..kerna itu akan jadi perjuangannya.. dan itu juga seperti saya

kehidupan yg merdeka adalah anugerah bg stiap makhluk, apa erti hidup sekiranya terkurung?hidup penuh terhad, tidak boleh mengecapi apa yg diingini. itu fitrah pada makhluk, kita lihat burung di dlm sangkar,sekiranya di bukak pintunya,pasti terbang kluar ingin kn kebebesan. kita lihat pula ikan yg tersekat di dlm jaring si nelayan, ia cuba sedaya upaya utk melepaskn diri, juga ingin hidup bebas tidak disekat. kenapa begitu? jawapan mudah sekiranya saya seekor ikan atau pun burung, saya ingin kehidupan yg sebenar.. meskipun di dlm sangkar akan mendapat makanan dan minuman, tapi itu bkn kehidupan sebenar bagi seekor burung ataupun ikan..dan mereka memahami fitrah mereka, sbb itu mereka ingin kluar dari segala perkara yg menghalang drpd mereka hidup dgn kehidupan yg sebenar.

bagaimana pula dgn kita sbg makhluk ciptaan terbaik? apakah kita benar2 merasai bebas hidup dgn kehidupan yg sebenar?? atau byk perkara yg menyekat kita daripada merasai/menikmati kehidupan yg sebenar??

seperti juga haiwan, mereka pasti akan cuba utk kluar dr penjara/sangkar mereka kerana mereka memahami fitrah mereka. dan manusia tidak akan kluar dari sangkar dan akan terus duduk didlmnya shg mereka memahami apa fitrah kehidupan manusia. YA, sehingga mereka jelas apa fitrah kehidupan bagi seorg manusia.. dan ini sudah di jelaskn dlm alquran bahawa kita ini hidup hanya utk beribadah dan menjadi khalifah..

hakikatnya, ramai manusia yg terpenjara, didalam sangkar jiwanya sendiri sehingga tidak dapat merasai bebas kehidupannya yg sebenar..kerana itu mereka tidak mampu utk hidup dgn kehidupan yg sebenar..nabi penah mengajarkn kita satu doa, yg sebenarnya kerap kita ulang2 berdoa:

"ya Allah, aku berlindung kpd-Mu drpd rasa keluh-kesah dan kesedihan, dan aku berlindung kpd-Mu drpd rasa lemah diri dan kemalasan, dan aku berlindung kpd-Mu drpd sikap pengecut dan kebakhilan,dan aku berlindung kpd-Mu drpd cengkaman hutang dan penindasan org".

Ya, itu sebenarnya yg menjadi sangkar dlm kita ingin mencapai kehidupan kita yg sebenar..itu lah juga alasan yg sering kali kita dgr...malas,lemah smgt, x berani, takut ditindas,futur.. jadi,mari bersama kita bebaskn diri kita drpd itu semua. kita bebaskn jiwa kita drpd rasa keluh-kesah dan kesedihan,rasa lemah diri(futur) dan kemalasan,sikap pengecut dan bakhil, cengkaman hutang dan penindasan org. pabila kita sudah bebas dari semua sifat di atas, pasti kita akan mengecapi kehidupan kita yg sebenar.. sebagai manusia yg ta'abud kpd tuhannya..sbg khalifah yg memimpin dunia ini..

"kami dtg utk memerdekakan manusia drpd menjadi hamba kpd sesama manusia, agar menjadi hamba kpd Allah. dan kami dtg membawa keindahan dan keadilan islam, sbg ganti kpd kesesatan agama2 dan penindasan sistem yg lain"

-kata2 rubai'e bin amir tatkala berhadapan dgn rustam,panglima tentera parsi

*sekiranya anda sudah membaca, tahniah kerana anda mungkin telah terlepas dari sangkar kemalasan dlm membaca(asif agak pnjg) :-)

*idea asal dri solusi isu 26

Tiada ulasan:

Catat Ulasan