Sabtu, 8 Disember 2007

AVATAR

Hari jumaat, di KLsentral, kelihatan penulis bersama 6 org
rakannya sedang duduk menonton AVATAR di siaran TV3.
*****
"If you want to learnt .....(x ingat aper dier ckp), you must think about someone you love" dan tok guru dia sambung " and you must forget her to learnt....(juga x ingat ckp aper)" tetapi avatar x sanggup untuk melupakan kekasih yang dier cintai selama ini. Lalu meninggalkan lesson, membiarkan gurunya keseorangan.
*****
Terfikir satu perkara;
apabila teringatkan dunia ini satu perjuangan,
dunia ini penuh penipuan,
dunia tempat pencarian bekalan,
hanya persinggahan

Memang sunnah perjuangan akan melalui satu ujian,
satu cabaran, satu halangan, satu kesulitan, demi melihatkan para pejuang
yang betul2 berjuang.

Meninjau realiti hira' di tahun ini, memang berbeza sedikit dengan tahun lepas,
mungkin kerana ramainya orang2 yang meminati akan tarbiyah dan da'wah di sini,
memang tidak dinafikan memang ramai pada tahun ni yg begini, semangat2.
Bagus! Tahniah! Teruskan!

Tapi ingat,
memang sunnah perjuangan akan berkurang orang2 berjuang,
apabila melalui tapis2 kepentingan diri, kesanggupan teruji, keresahan melanda hati,
hilang jati diri, maka berkuranganlah mereka yang berjuang.

Tapi ingat,
angkatan perjuangan tidak akan goyah dengan pemergian 'mereka',
kerna bukan mereka pejuang sebenar,
kerna masih belum mengenal erti perjuangan,
masih dalam keseronokan pinjaman.

Sudah jelas,
perjuangan tidak memerlukan mereka yang berkepentingan diri,
mereka yang sebenarnya tidak sanggup untuk berjuang,
bukan mereka yang boleh turut berjuang,
perlukan konsisten dalam perjuangan
kerana inilah sunnah perjuangan,
satu ketetapan,
satu ujian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan