Sabtu, 9 Februari 2008

Kita, matlamat dan perjuangan

Saidina Umar sebelum kedatangan Islam pernah menanam anaknya sendiri hidup2, satu jahiliyyah yang menjadi kebiasaan penghuni arab tika itu. Kaum nabi Lut terkenal dengan jahiliyyahnya homoseks. Zaman dulu terdapatnya jahiliyyah masing2. Tapi di zaman ini, terkumpulnya semua jahiliyyah2 yang terdapat di semua zaman sebelumnya, menjadikan zaman ini cukup hebat, cukup hebat dari segi jahilyyah yang dilakukan, dengan teknologinya yang bermacam canggih, dunia tanpa sempadan memudahkan penyebaran jahiliyyah. Sungguh rosak bumi ini sekarang. Sungguh kritikal rosaknya bila Islam bukan lagi ustazdiatulalam.

Muncul seorang yang begitu benci dengan keadaan dunia sekarang. Munculnya dia bersama semangat yang kuat untuk menjulang kembali panji2 Islam di seluruh dunia, penyebab utama untuk dia berani maju terus meneroka segala cabaran dihadapan. Hanya dengan matlamat yang jelas dia berusaha, dia berjaya mengumpulkan orang2 yang sama matlamatnya, untuk terus berjuang sebagai satu jema'ah di gelar ikhwan yang sehingga kini masih lagi di teruskan perjuangannya, demi matlamat yang sama. Itu lah usaha2 mereka yang ingin melihat syari'at islam tertegak di dunia ini. Mereka sentiasa sebuk untuk terus berjuang kerana perjuangan masih belum selesai lagi. Segala yang disebukkan hanya kerna matlamatnya.

TAPI.......
Bagaimana pula kita??
adakah kita juga punya matlamat yang sama??
adakah kita betul2 ingin turut bersama??
adakah kita betul2 ingin munjulang tinggi panji2 islam??
jika YA, apa yang kita lakukan??
adakah berbalik dari matlamat kita??

sama2 penulis mengajak untuk jelaskan matlamat dan berjuang bersama. Agar Allah meredhoi segala yang kita lakukan, Insyallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan