Ahad, 10 Februari 2008

Jahilnya umat....salah siapa???

salam,

Alhamdulillah, baru sahaja selesai melawat blog2 sekitar, hanya mata yg melihat tanpa melakukan banyak pergerakkan membuatkan penulis masih bertenaga utk menulis post baru, mungkin lebih bertenaga, setelah penat mata membaca Alhamdulillah sedikit sebanyak memberi semangat kepada penulis. Pembacaan yg bagus utk cuti kali ni. Terisi sedikit masa yg terluang.

Teringat penulis akan perjalanan penulis di tgh hari tadi. Setelah lama berada di tempat yg kecil hanya di sekolah yang mungkin masih terjaga, penulis saja keluar melihat suasana di malaysia, tak jauh hanya di tempat penulis sendiri, hanya di sekitar shah alam. Penulis keluar rumah pada jam 1130, menuju bas stop yg hanya di belakang rumah. sementara menanti kemunculan bas rapidKL T528, penulis terlihat 4 org(mungkin pelajar sekolah menengah) terdiri dari 3 golongan adam dan seorg lagi dr golongan hawa. Berjalan bersama2 menuju bas stop di hadapan penulis. Terasa kesian terhadap mereka, bukan apa, hanya kerana melihatkan mereka yg masih tidak merasai tarbiyyah. Berjalan tidak tentu hala, memakai but, sweater, topi, rantai, jeans, dan pelbagai macam pakaian di pakai membuatkan penulis terfikir, begitu halus dan terancangnya rancangan 'mereka' dalam menjatuhkan umat. Akhirnya T528 yang di nanti penulis pun tiba menyebabkan penulis meninggalkan bus stop tersebut.

Di dalam bas, lain pula halnya, penulis terlihat akan 3 pelajar sekolah rendah, dengan mengayakan punk. Kesian melihat, masih kecil sudah dididik dengan acuan barat. betul2 kesian, lagi2 melihatkan mereka yg masih kecil begitu, yg masih tidak mengenal erti tanggungjawab, sungguh kesian. Setibanya di destinasi(kompleks), penulis turun, berjalan menuju sebuah kedai utk beberapa urusan. Setelah selesai, penulis berjumpa pula dengan sahabat baik penulis di Plaza Alam Sentral, tak jauh hanya di sebelah banggunan sahaja. Kami berkongsi cerita, sahabat penulis yg dtg dari meru juga bercerita keadaan yg sama dilihat ketika di bus stop klang, bahkan lebih hebat lagi. Penulis rasa pembaca sudah maklum akan suasana di bus stop klang.

Setelah selesai segala urusan di sana, penulis singgah di surau dalam perjalan kerana hampir masuk waktu zohor. Di takdirkan, setelah selesai solat penulis terlihat ayah penulis di surau yang sama. Penulis balik bersama. setibanya di rumah, penulis berihat, menghilangkan penat setelah kepenatan menguruskan EKB tingkatan satu.

3 jam penulis berada di luar rumah, sungguh penulis terlihat jahiliyyah berleluasa, tak jauh hanya disekitar rumah sahaja. Sungguh teruk keadaan sekarang, terfikir, boleh ke islam bangkit dalam keadaan umat begitu jahil. Teringat seorg abg pernah berkata, "ISLAM PASTI BANGKIT!!!", membuatkan penulis terus percaya, kerna itu satu kepastian. Penulis berasa sangat bersalah, mungkin penulis telah melambatkan proses daulah, atau mungkin penulis tidak membantu dalam membina daulah. Melihat kisah tokoh2 membuatkan penulis begitu tercabar, dgn keberanian yg di miliki, dgn semangat yg dimiliki, dgn kefahaman yg dimiliki, dgn jiwa yg suci. Mudah2an penulis Allah bantu dengan semangat, keberanian, kefahaman, agar penulis turut serta dalam perjuangan menjulang panji islam di seantaro dunia. Amiin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan