Isnin, 2 Jun 2008

Setelah lama....


"sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya dan apabila dibaca ayat-ayatNya kepada mereka,bertambah(kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal" [8:2]

Alhamdulillah, berjaya juga penulis menyampaikan apa yang terbuku lama dihati, tika mana dunia ini begitu fasad, penulis memerhati....

Oh...inilah realiti, ya, dunia inilah yang realiti, jahilnya umat, kesian, tak mengerti agama yang dianuti... Penulis terus mengkaji, merujuk, bertanya dan berkonklusi....

Akhirnya, penulis menemui beberapa punca masalah umat kini, yang menyebabkan islam ini dipandang rendah, islam dipermainkan dan digulingkan, islam dicaci dan terus dihina. Inilah masalahnya, umat kini kurang penghayatannya dalam menganuti agam suci ini. Kalimah syahadah dianggap hanya bacaan ketika tahiyyat, ayat al-quran dianggap bahan bacaan ketika solat, sirah rasul dan sahabat hanya untuk periksa.

Seperti ayat quran di atas, hanya dengan menghayati ayat al-quran pembaca dapat menggetarkan hati, hanya gementar hati pabila menghayati asma'ulhusna, ya rahman, ya rahim, ya 'alim ya 'aziz. Hanya dengan penghayatan dapat menambahkan iman, dan dengan penambahan iman pasti akan menambahkan amal.

Begitulah yang berlaku tika sahabat menerima islam terus dari rasul, orang arab senang memahami dan menghayati islam yang di turunkan melalui bahasa mereka sendiri, bahasa yang terkenal dengan kesastraannya. Para sahabat berjaya menghayati setiap apa yang disampaikan rasul kepada mereka. Dengan penghayatan akhirnya menyebabkan para sahabat berlumba-lumba dalam beramal dan menyebarkan islam sehingga ke seluruh pelusuk dunia mendengar seruan islam.


Akhir kata, tak perlu banyak bicara, tanpa penghayatan, tiada guna, alam sekeliling sudah cukup membantu, hayatilah setiap perkara yang di lalui, mudah-mudahan dengan itu iman kita akan bertambah.

Rabu, 12 Mac 2008

Setelah lama tidak menulis

ASSALAMUALAIKUM,

setelah sekian lama pelbagai perkara sudah berlalu di sekeliling penulis yg x sempat ditulis. Memang penulis yg ini tidak suka menulis, tp lebih suka berbicara pabila berjumpa. Malangnya penulis hanya mahu berkongsi hanya satu perkara sahaja setelah melalui pelbagai perkara.

Hanya isu politik sahaja yg didengari, walau penulis berada di surau, di rumah, di tp jalan, hatta di dlm teksi sekalipun dpt di dengar penulis. Tapi bila difikirkan...x pela, hanya 4 tahun sekali...sekilas bicara soalan yg penulis tuju kepada seorg pemandu teksi dan juga seorg ustaz. "Apa pendapat pakcik mengenai pilihanraya XII tahun ni?" soal saya kepada pemandu teksi "Bg pakcik bagus juga kali ni BA byk menang, mungkin kerana rakyat baru nampak kesan2 hasil drpd pimpinan kerajaan(BN), lps ni walau BN memimpin pun mesti diorg akan lebih teliti dalam melakukan apa2 projek bg mengelakkan ketidak puas hatinya rakyat kepada kerajaan". bagus utk kerajaan ambil pengajaran. Soalan yg sama dituju kpd seorg ustaz, jawabnya "Peralihan kepimpinan hanya akan melatih mereka yg menang utk memimpin kerajaan. Jika PAS menang sekali pun, pasti kerajaan yg memegang pihak ketenteraan akan mengumumkan darurat tatkala tentera menyamar memakai serban, kopiah, menyerang rakyat secara terbuka yg akhirnya akan menyebabkan rakyat memaling semula ke parti kerajaan, pasti ini berlaku sekiranya perkara asas utk membina kerajaan iaitu membina peribadi tidak berlaku dikalangan rakyat malaysia" nyata hanya pembinaan peribadi sahaja yg akan membina negara islam.
teringat kata2 seorg abg "rakyat ramai undi PAS bkn sbb nak islam, tp hanya nak harga barang kurang dan semua perkara yg dijanjikan jika menang" begitulah warganegara Malaysia memberi pendapat mengenai pilihanraya XII tahun ni. Berubahkah negara?bergantung pada rakyat dan mereka yg memimpin, sedikit sahaja yg ingin di kongsi, yg lain boleh fikir sendiri.

Terfikir "bila la nak daulah malaysia ni"

byk lagi yg penulis ingin kongsikan, tp bkn di sini, jika bertemu i/Allah

wslm...

Ahad, 10 Februari 2008

Jahilnya umat....salah siapa???

salam,

Alhamdulillah, baru sahaja selesai melawat blog2 sekitar, hanya mata yg melihat tanpa melakukan banyak pergerakkan membuatkan penulis masih bertenaga utk menulis post baru, mungkin lebih bertenaga, setelah penat mata membaca Alhamdulillah sedikit sebanyak memberi semangat kepada penulis. Pembacaan yg bagus utk cuti kali ni. Terisi sedikit masa yg terluang.

Teringat penulis akan perjalanan penulis di tgh hari tadi. Setelah lama berada di tempat yg kecil hanya di sekolah yang mungkin masih terjaga, penulis saja keluar melihat suasana di malaysia, tak jauh hanya di tempat penulis sendiri, hanya di sekitar shah alam. Penulis keluar rumah pada jam 1130, menuju bas stop yg hanya di belakang rumah. sementara menanti kemunculan bas rapidKL T528, penulis terlihat 4 org(mungkin pelajar sekolah menengah) terdiri dari 3 golongan adam dan seorg lagi dr golongan hawa. Berjalan bersama2 menuju bas stop di hadapan penulis. Terasa kesian terhadap mereka, bukan apa, hanya kerana melihatkan mereka yg masih tidak merasai tarbiyyah. Berjalan tidak tentu hala, memakai but, sweater, topi, rantai, jeans, dan pelbagai macam pakaian di pakai membuatkan penulis terfikir, begitu halus dan terancangnya rancangan 'mereka' dalam menjatuhkan umat. Akhirnya T528 yang di nanti penulis pun tiba menyebabkan penulis meninggalkan bus stop tersebut.

Di dalam bas, lain pula halnya, penulis terlihat akan 3 pelajar sekolah rendah, dengan mengayakan punk. Kesian melihat, masih kecil sudah dididik dengan acuan barat. betul2 kesian, lagi2 melihatkan mereka yg masih kecil begitu, yg masih tidak mengenal erti tanggungjawab, sungguh kesian. Setibanya di destinasi(kompleks), penulis turun, berjalan menuju sebuah kedai utk beberapa urusan. Setelah selesai, penulis berjumpa pula dengan sahabat baik penulis di Plaza Alam Sentral, tak jauh hanya di sebelah banggunan sahaja. Kami berkongsi cerita, sahabat penulis yg dtg dari meru juga bercerita keadaan yg sama dilihat ketika di bus stop klang, bahkan lebih hebat lagi. Penulis rasa pembaca sudah maklum akan suasana di bus stop klang.

Setelah selesai segala urusan di sana, penulis singgah di surau dalam perjalan kerana hampir masuk waktu zohor. Di takdirkan, setelah selesai solat penulis terlihat ayah penulis di surau yang sama. Penulis balik bersama. setibanya di rumah, penulis berihat, menghilangkan penat setelah kepenatan menguruskan EKB tingkatan satu.

3 jam penulis berada di luar rumah, sungguh penulis terlihat jahiliyyah berleluasa, tak jauh hanya disekitar rumah sahaja. Sungguh teruk keadaan sekarang, terfikir, boleh ke islam bangkit dalam keadaan umat begitu jahil. Teringat seorg abg pernah berkata, "ISLAM PASTI BANGKIT!!!", membuatkan penulis terus percaya, kerna itu satu kepastian. Penulis berasa sangat bersalah, mungkin penulis telah melambatkan proses daulah, atau mungkin penulis tidak membantu dalam membina daulah. Melihat kisah tokoh2 membuatkan penulis begitu tercabar, dgn keberanian yg di miliki, dgn semangat yg dimiliki, dgn kefahaman yg dimiliki, dgn jiwa yg suci. Mudah2an penulis Allah bantu dengan semangat, keberanian, kefahaman, agar penulis turut serta dalam perjuangan menjulang panji islam di seantaro dunia. Amiin....