Sabtu, 16 Ogos 2008

Buat renungan

salam 'alaik,
lama juga penulis meninggalkan blog ini, bukannya kerana sudah tidak mahu menulis, tp mungkin tak berkesempatan...


Hari berganti hari, minggu-minggu dilalui, bulan penuh juga sudah berkali2....oh baru kesedar.. sudah lebih setahun untuk tahun ini...oh ya...penulis sudah besar rupanya, sudah 3tahun lapan bulan rasanya penulis berada dalam bumi tarbiyyah ini..Alhamdulillah...kesyukuran yg x terhingga..begitu nikmat penulis rasa

Baru lah penulis sedar, selama ni penulis berada di dunia yang aman, tp hanya sementara, mungkin paling lama pun 7 tahun. Tapi bila cuti, barulah penulis nampak dengan 'live'/realiti dunia. Umat islam nun di seberang sana tidak merasa apa yang penulis rasa, isteri2 kehilangan suami, ibu2 kehilangan anak, janda2 disiksa, dara2 di rogol dan di perkosa, itu semua sedara seislam kita, itulah sedara kita.

Di malaysia lain pula ceritanya, di klang, di pantai remis yang indah, di tgh ibu kota yang gah tersergam indah, di desa yang menghijau, di dataran merdeka...argh!!!! tak tahan sungguh penulis melihat. Syariat Allah sudah di tinggalkan, inilah kemurkaan Allah yang terbesar, sedangkan kita kini berada di dunia yang begini, yg sungguh fasad.

Tiada lagi masa, tiada lagi masa untuk kita bergurau gelak ketawa, bermain bersuka ria, melepak membuang masa. Dunia ini perlu di'taghyir'kan, segala sistem perlu diubah, syariat Allah perlu ditegakkan.

Syariat Allah perlu ditegakkan. Itulah yg patut kita agendakan, kita matlamatkan, kita usahakan, bukanlah perkara yg senang, bukanlah perkara yg sekejap, tapi memerlukan masa, memerlukan orang yg betul2 ingin perjuangkan syariat Allah, yg sanggup mengorbankan masa, tenaga, wang dan segala yg diperolehi dikorbankan hanya utk menegakkan kalimah Allah s.w.t.

Pasti ada orang yg akan memperjuangkan perjuangan ini, pasti ada org yg akan membela nasib umat kini, pasti ada org yg berusaha gigih utk menegakkan kalimah Allah. Tak perlu kita risau nasib agama ini kerna Allah pasti akan menegakkan agamanya, tapi apa yg penting utk kita risaukan adalah adakah kita tergolong dalam perjuangan ini. Adakah kita mampu mengorbankan tenaga masa dan wang semata2 utk agama ini. Seringkali kita terlupa lalai sehingga masa yg berlalu tersia2, seringkali kita tertipu dgn perniagaan dunia sehingga wang kita digunakan utk nikmat yg sementara. Susah sekali, perit sungguh perjuangan ini, tapi inilah perjuangan, inilah yg menjamin kesudahan yg bahagia.

Itulah yg sering bermain di fikiran penulis, terutama pabila cuti melihat dunia realiti, terasa sepi,tp inilah yg menguatkan semangat penulis utk mengubah dunia ini, inilah yg menyebabkan penulis tetap terus ingin perjuangkan perjuangan ini, Mengubah dunia ini agar islam menjadi ustaz bg sekian alam....

Sama2 kita perjuangkan dan menegakkan kalimah Allah ini, mudah2an kita tergolong dari kalangan penolong Allah insya Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan