Sabtu, 23 Ogos 2008

Ramadhan menghampiri...persiapkan diri...

Assalamu'alaikum buat pembaca2,
Ahlanwasahlan ya ramadhan!!!

Baru sahaja selesai menziarah blog2 terpaut, terfikir pula utk menulis pabila terbaca artikal2 mengenai ramadhan yang kian hampir, mudah2an di beri kesempatan utk beramal di dalam bulan yang mulia ini.

Bila ramadhan menjelang pasti akan muncul satu biah ciptaan Allah yang berlaku di seluruh dunia, tak kira di semenanjung arab, di tengah pasifik, di hujung kalimantan, dan di tengah2 asia, asal ada yang mengucap syahadah di sana pasti akan ada biah yang sungguh unik ciptaan Allah untuk hambanya. Masing2 penganut islam akan berlumba2 utk menghabiskan bacaan Quran, memenuhi masjid pada malam hari, malamnya di isi dengan amal2 soleh, qiam dikerjakan hampir setiap hari sebelum bersahur, tangan terasa sungguh ringan utk menginfakkan harta dan makanan dikala berbuka puasa. Inilah yg membuatkan penulis begitu tertarik dengan bulan yang mulia ini, biah yang Allah cipta utk seluruh hambanya. Allah menjanjikan pelbagai ganjaran agar manusia berlumba2 utk beramal, sebagai contoh amalan sunat di beri ganjaran seperti amalan wajib dan amalam wajib dilipat gandakan ganjarannya. Semuanya utk hambanya, itulah sifat maha penyayang dan rahmat Allah. Di bulan inilah bulan yang paling senang utk kita melakukan berubahan dalam diri kita, dari yang teruk kepada baik, dari yang baik kepada yang lebih baik.

Tapi sering kali berlaku perubahan pada bulan ramadhan sahaja, selepas ramadhan kembali seperti biasa, mula meninggalkan tikar sejadah, lembaran2 AlQuran sudah tidak dibuka, tangan yg dulu ringan bersedekah sudah kembali berat, malam2 sudah tidak berda di masjid sebaliknya mengisi masa dengan cerita2 di television, setiap hari bangun melebihi waktu subuh bila memikirkan tak perlu utk bersahur. Terfikir sejenak, apa kesannya ramadhan kepada penghuni2 madrasah ramadhan???adakah beramal kerana bulan ramadhan atau kerana Allah???

Seperti ibadah2 lain, sebagai contoh solat, bukti solat kita diterima pabila kita meniggalkan perkara fasad dan mungkar, contoh lain puasa, kesan kepada puasa menyebabkan kita berasa zuhud dan sentiasa ingat org yg selalu berada dalam kelaparan. Semua amalan kesannya selepas kita melakukan amalan tersebut, dengan mentaati perintah Allah akan terbentuk akhlak yang baik, begitulah sepatutnya ramadhan memberi kesan selepasnya. Sepatutnya ramadhan sebagai titik permulaan utk kita berubah dan perubahan di teruskan selepas ramadhan sehingga hari2 yang mendatang menjadi lebih baik dari hari sebelum.

Mungkin itu saja kali ni, mudah2an kita meletakkan setinggi2 matlamat utk di capai pada bulan mulia ini, dan semoga ramadhan yang bakal menjelma kita menfaatkan sebaiknya. Hanya orang yang memahami hakikat ramadhan akan merebut peluang ini. Mudah2an amal2 pada bulan yang mulia ini diteruskan sehingga seterusnya dan mudah2an hari2 mendatang lebih baik dari hari2 sebelum....sama2 kita mengambil pengajaran dan pengajaran hanya akan dapat bagi org2 yg berfikir....

Wasalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan