Ahad, 11 November 2007

Salam Perkenalan




Assalamu'alaikum,

Sudah lama difikirkan, akhirnya jadi gak satu, tapi masih baru, mungkin boleh belajar dari yang sudah lama, mungkin tak sehebat mana, tapi takpa, saya masih baru, tapi jangan terkejut jika bertambah maju, kerana saya baru mencuburinya, belum mendalaminya.

Untuk apa blog sebenarnya? Perlu ke blog ni? sering timbul persoalan itu di kotak fikiran saya. Tanpa membuang masa, saya mengeluarkan soalan dari kotak fikiran demi mencari jawapan dan terus memburu jawapan, blog2 jiran menjadi pilihan. Ternyata terdapat pelbagai jawapan, ada yang bertujuan dan tak kurang juga yang takde tujuan. Yang ada tujuan juga satu perkara lagi, ada yang sekadar nak isi masa lapang, ada yang nak perhatian ramai, ada yang nak berkongsi cerita, dan ada juga yang nak kongsi ilmu dan pengalaman. Tapi saya ada jawapan sendiri, yang membuatkan saya lebih tertarik dengan blog, tapi takut juga jika tersilau sehingga memesongkan tujuan. Tapi inilah cabaran, akan saya teruskan, insyallah mencapai tujuan. Mungkin sampai sini kali ni, moga bertemu di hari akan datang, mungkin di blog, atau mungkin di atas dunia yang dihamparkan penuh dengan fatamorgana, atau mungkin di syurga Ilah yang tak terbayang dek akal, Insyallah. Ilal liqo'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan