Isnin, 12 November 2007

Orang tua2 kata

Ahad di Universiti Hospital,
Dalam kerita bersama saya,ayah(driver n juga ayah saya),abg n angah(sedara kecik:9,7)

Abg: Eh ada pelangi la

Angah: a'ah la(sambil tunjuk ke arah pelangi)

Abg: eh angah mana leh tunjuk la, nanti kena potong jari

Angah: a'ah la, terlupa

Ayah: Btul ker kena potong jari?

Abg: Opah kata nanti ada satu benda buruk berlaku kat jari

Ayah: O...macam tu paklong tunjuk la..tu..tu(sambil tunjuk menggunakan jari telunjuk

Abg: Paklong x takut ker nanti berlaku benda buruk kat jari nanti

Ayah: Aduh sakit2(main2 sambil menunjukkan jari), abg percaya ke opah ckp tu?

Abg: Opah kata org2 tua kata camtu

Ayah: Abg percaya ker?tu ngarut jer la

Saya: ....(diam dan terfikir)
Suasana sepi kembali

Fuwh,
dah berjaya org tua2 kita menyebarkan kepercayaan diorang, kanak2 menjadi mangsa, tapi mungkin salah kita juga, membiarkan kefahaman yang ada tersusun rapi dalam kepala umpama tidak pernah diguna, sedang dilihat kejahilan yang nyata di depan mata setiap hari, di TV dan pelbagai lagi. Bagaimana dengan usaha kita, mungkin tak sehebat usaha orang tua2 kita. Mungkin kita tak ada usaha pun, sekadar sampah yang membusuk di muka bumi. Kalo boleh nak jer kitar semula, tapi terpulang la kat sampah tu nak dikitar semula ke tak, mungkin kerana sampah di beri kebebasan untuk memilih pengakhirannya. Alahai sampah...dah la banyak...tak nak dikitar semula lak tu...ish2

Pesan nabi "Sampaikanlah pesan ku walau satu ayat"
Muhasabah la sejauh mana kita beriman dengan hadis nabi

Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan