Rabu, 28 November 2007

Bagaimana agama ini?


Assalamu'alaikum,

Teringat akan satu ungkapan suci;
"tiada tuhan melainkan Allah, dan Muhammad adalah pesuruhnya"


Satu ungkapan yang membezakan kita dengan orag kafir. Membezakan kehidupan kita dengan kehidupan orang kafir. Juga membezakan tanggungjawab kita dengan orang kafir.

Tapi tahu ke kita kehidupan islam yang sebenarnya sebagai seorang yang sering mengucapkan 2kalimah syahadah dalam sembahyang setiap hari? atau kita islam time solat jer?atau time hari jumaat jer?atau islam time raya?atau islam dlm I/C jer? Sebelum tu cuba kita hayati beberapa perkara berkaitan agama ini. Mungkin hanya basic:

1)NAMA
Kebayakan agama diambil nama bersempena nama kaum, zaman, seseorang dan pelbagai lagi. Sebagai contoh agama Budha diambil dari nama seorang lelaki bernama Gautama budha. Agama Yahudi diambil bersempena nama Kaum Yahuda. Agama Masehi diambil dari nama Al-Masih a.s. Berlainan dengan agama islam, ia bukan dibangsakan dengan seorang lelaki, atau sesuatu umat. Nama Islam itu menunjukkan sifat yang khas yang dikandung oleh makna perkataan “Islam” itu sendiri. Nyatanya, nama ini tidak menunjukkan pembawa dan pengasasnya yaitu seorang lelaki di antara manusia. Ia bukan khas bagi ummat yang tertentu melainkan seluruh bangsa-bangsa. Ia mempunyai matlamat untuk menghiasi seluruh penduduk bumi ini dengan sifat Islam. Siapa saja yang bersifat dengan sifat ini, baik manusia zaman lampau atau manusia masa kini, ia adalah Muslim, juga orang yang berhias dengannya pada masa depan adalah seorang Muslim.

2)MAKSUD ISLAM
"Tunduk dan patuh kpd perintah Maha Pemerintah dan larangan-Nya tanpa bantahan". Dinamai dengan agama islam kerana ia mengajar kita untuk patuh kepada Allah dan tunduk kepada perintah-Nya tanpa membantah.

Betul ke kita ni telah mengerjakan apa yg kita lafazkan(2syahadah). Adakah setiap masa kita patuh perintah Allah? Adakah setiap masa kita meninggalkan larangannya? Adakah setiap perkara dilakukan niat kerna Allah? Adakah setiap masa kita Islam? Hanya iman mampu menjawab. Sama2 kita muhasabah...

Wslm......O_0......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan