Ahad, 22 Februari 2009

Berperanan Aktif


Insyallah sekadar termampu,mari baca hanya seketika, tambahkan amal berganda2 dan bersama2....

Didalam tubuh masyarakat terdapat byk kekurangan, mari kita lihat keadaan masyarakat kita...Bukankah masyarakat itu termasuk penulis, pembaca, laki, pompuan, guru2, lembaga, dll..? Benar, kita semua adalah satu masyarakat (masyarakat hira' umpamanya). Jika begitu bukankah masyarakat yg bermasalah berpunca dari ahli masyarakat tersebut? bukankah kita... TAPI adakah kita menyedarinya? Tentu ramai yg tertanya2 "apakah urusan saya? apakah saya harus perbaiki seluruh persoalan dlm masyarakat??meskipun saya form1? form5? atau guru2? atau sesapa shj dlm kompenan masyarakat ini.. adakah saya??" TIDAK!! anda tidak mampu lakukan sendirian, penulis juga tidak bertindak sendirian. Sebaliknya kita harus melakukan bersama2, demi terwujudnya suasana saling tolong, saling menyanyangi satu sama lain. TAPI bagaimana ini dpt terwujud?? mari kita lihat...

secara umumnya cita2 dan obsesi di bangun di atas reruntuhan umat. Cita2 dan obsesi ini hanya terwujud selepas melalui waktu yg cukup panjang, bg sesetengah org perkara ini susah diwujudkan, sementarayg lain menganggap cita2 dan obsesi ini satu tujuan yg dpt dicapai melalui kerehan sepenuh tenaga dan potensi yg ada. (Mungkin perenggan ini susah sedikit utk faham tp takpa, tinggal kan pun takpa)

Perhatikan masalah di lingkungan masyarakat kita.... kecurian, 'sejenis', pergaduhan, sampah berserakan, pengkhianatan, penipuan, semua ini sudah tidak aneh lagi. Tapi apa yg menganehkan pabila semua org mengaku tidak pernah buat... ada juga yg berkata "apakah masyarakat akan berubah bila saya melakukan berubahan???"

"sesungguhnya Allah tidak akan merubah sesuatu kaum, hingga mereka merubah keadaan mereka sendiri"

Jangan pening2 dgn tulisan di atas... meh la sini, penulis bercerita pulak, cerita dari Al-quran, mungkin pembaca dah pening2 tadi

#cerita pertama
dipetik dari surah yasiin... ia mengisahkan 2 org utusan Allah yg di utuskan di sebuah kota, tp di ajarannya di tentang oleh penduduk di situ...sehingga utusan yg ketiga Allah utusankan, hampir2 di tolak, tapi di sebabkan peranan Aktif seorg penduduk di hujung kota tersebut mengajak seluruh penduduk utk mengikuti utusan tersebut....

#cerita kedua
dipetik dari surah an- naml... kisah yg dah ramai dah pun tahu, tp skdr perkongsian, kisah burung hud - hud.
suatu hari nabi sulaiman memeriksa barisan perhimpunan rakyatnya, ternyata hud-hud tidak menghadiri perhimpunan tersebut.. sekembalinya hud-hud terus memberitahu nabi sebab ketidak hadirannya, memberitahu bahawa ada seorg ratu yg berada di negara seberang, ratu balqis namanya. seluruh rakyatnya tidak beriman... di pendikkan cerita ratu dan nabi bertemu dan seluruh rakyat balqis tersebut menerima ajaran islam...bukankah hanya sekor burung hud - hud yg berperanan aktif telah menyebabkan seluruh masyarakat balqis menerima islam. (rujuk ayat: 22-25)

#cerita ketiga
juga di petik dari surah an- naml... kisah semut, ha... ramai jugak yg dah tahu... Ketika nabi sulaiman ingin melalui satu kawasan yg berdekatan dgn sarang semut, seekor semut telah berperanan aktif memberitahu seluruh semut2 yg lain akan kedatangan nabi sulaiman yg bakal melalui jalan tersebut... Nabi sulaiman tersenyum mendengar arahan semut yg berperanan aktif itu... Akhirnya satu masyarakat semut di situ selamat dari di injak oleh tentera nabi sulaiman (rujuk ayat: 18-19)

#cerita keempat
kisah yg ini bukan dari alquran, tp dari seerah... kisah Hubab bin mundzir ketika peperangan badar...(kenal tak ni?) Ketika rasul sedang membuat strategi perang "di sini kita berkhemah, di sini kita berperang, kita melakukan ini dan itu" Hubab berkata "wahai rasulullah, apakah keputusan ini merupakan wahyu atau hanya strategi perang, idea dan taktik peperangan?" Rasulullah menjawab "tidak! keputusan ini bukan dari wahyu Allah, hanya strategi perang, idea dan taktik peperangan" Lantas hubab mengeluarkan pendapatnya " wahai rasulullah, disini bknlah tmpt yg strategik, mari kita berpindah ke tmpt yg dkt dgn sumber2 air pasukan musyrikin, seterusnya kita tinggal disana, kita sekat jalan ke arah sana dan kita hapuskan jejak kita. Kita bangunkan tangki, nanti kita sudah mempunyai bekalan air sedang kaum musyrikin tidak memilikinya. Kerana tangki yg berisi air ada di pasukan kita bkn di pasukan mereka" nabi pun bersetuju dan bersabda "engkau tlh memberi kanpendapat". Akhirnya umat islam memenangi peperangan badar dan diantara sbbnya kaum muslimin menguasai tangki air. bukankah hubab tlh memakan peranan aktif...

Bukankah cukup byk kisah2 benar dan penuh pengajaran sebenarnya, hanya dgn peranan aktif seorg mampu memberi kesan kpd persekitarannya. Tapi siapakah yg akan memainkan peranan aktif tersebut?? adakah mengharapkan sorg je??usah tunding jari kearah org lain, sama2 kita usaha berperanan aktif, lagi ramai lagi memberi kesan insyallah... mudah2an masyarakat kita berubah kepada lebih baik dgn ANDA memainkan perana aktif

Sabtu, 21 Februari 2009

Demi Masa!!!

Assalamu'alaikum,
Insyallah tlh sekian lama tidak menghantar post baru, mudah2an di beri kesempatan,
Sedar x sedar dah nak habis bln dua, dah lama juga penulis tidak menulis, begitulah masa2 dan waktu2 yg berlalu....

Islam sbnrnya menitik beratkan sgt ttg masa pd umatnya, lihat saja firman Allah, sumpah Allah, kata2 Allah yg Maha Agung, begitu byk skali menyentuh mengenai masa: "demi malam apabila menutupi, dan siang apabila terang benderang" (Al- lail) , "demi waktu matahari sepenggalah naik, dan malam apabila tlh sunyi" (adh- dhuha) , "demi fajar dan malam yg sepuluh" (al- fajr) , "demi matahari dan cahayanya di pagi hari,dan bln apabila meringinya" (asy- syams) , "demi masa" (al- ashr) "maka sesungguhnya Allah bersumpah dgn cahaya merah di waktu senja" (al- Insyiqaq) ; dan byk lagi sebenarnya firman Allah yg maha Agung, bersumpah akan masa, betapa besar dan pentingnya masa sebenarnya.

Lihat pula rukun islam itu sendiri; "sesungguhnya solat itu adalah fardhu yg telah di tentukan waktunya atas org2 yg beriman" (an-nisa') bknkah Ar-rasul pernah bersabda amal yg plg baik adalah solat pada waktunya..
lihat pula puasa, bukankah Allah menetapkan waktunya pd bln ramadhan, "berpuasalah kelian kerana melihat hilal dan berbukalah kerana melihat hilal" -hadis at -tirmizdi- dan ada juga di sebut dlm al quran surah albaqarah ayat184... lihat pula haji "(musim) haji adalah beberapa bln yg di maklumi" (baqarah:197) begitu juga zakat, apabila sampai haulnya maka dikeluarkan zakat... bayangkan solat subuh bkn pada waktu nya, haji bkn pada waktunya, zakat bkn pada waktunya, puasa wajib bkn pada waktu nya, adakah kita akan mendapat pahala???perhatikanlah waktu sebaik nya bukankah waktu itu kehidupan??

Tapi realitinya skrg org non muslim yg lebih mengahargai waktu...lihat saja negara jepun, bukankah mereka maju di sebabkan menghargai waktu, berapa ramai org non muslim yg berjaya, mereka semua x mensiakan waktu2 mereka...

Bukankah Allah tlh memberi waktu kita di dunia ini untuk persiapan di akhirat kelak??adakah kita menghargainya??Allah berfirman "dan apakah kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yg cukup utk berfikir bg org yg mahu berfikir??dan apakah tidak dtg kepada kamu pemberi peringatan??maka rasakanlah (azab kami) dan tidak ada bg org2 yg zalim seorg penolongpun" (Fathir:37) Bukankah Allah mengancam bg mereka yg tidak mengambil berat mengenai waktu

Oleh kerana itu adakah kita umat muhammad??Apakah dgn waktu ini yg Allah sumpah??adakah kita memandang remeh???Apakah jwpn pabila ditnya di akhirat kelak?? Beruntunglah bg org2 yg pandai memanfaatkan waktunya...