Sabtu, 21 Februari 2009

Demi Masa!!!

Assalamu'alaikum,
Insyallah tlh sekian lama tidak menghantar post baru, mudah2an di beri kesempatan,
Sedar x sedar dah nak habis bln dua, dah lama juga penulis tidak menulis, begitulah masa2 dan waktu2 yg berlalu....

Islam sbnrnya menitik beratkan sgt ttg masa pd umatnya, lihat saja firman Allah, sumpah Allah, kata2 Allah yg Maha Agung, begitu byk skali menyentuh mengenai masa: "demi malam apabila menutupi, dan siang apabila terang benderang" (Al- lail) , "demi waktu matahari sepenggalah naik, dan malam apabila tlh sunyi" (adh- dhuha) , "demi fajar dan malam yg sepuluh" (al- fajr) , "demi matahari dan cahayanya di pagi hari,dan bln apabila meringinya" (asy- syams) , "demi masa" (al- ashr) "maka sesungguhnya Allah bersumpah dgn cahaya merah di waktu senja" (al- Insyiqaq) ; dan byk lagi sebenarnya firman Allah yg maha Agung, bersumpah akan masa, betapa besar dan pentingnya masa sebenarnya.

Lihat pula rukun islam itu sendiri; "sesungguhnya solat itu adalah fardhu yg telah di tentukan waktunya atas org2 yg beriman" (an-nisa') bknkah Ar-rasul pernah bersabda amal yg plg baik adalah solat pada waktunya..
lihat pula puasa, bukankah Allah menetapkan waktunya pd bln ramadhan, "berpuasalah kelian kerana melihat hilal dan berbukalah kerana melihat hilal" -hadis at -tirmizdi- dan ada juga di sebut dlm al quran surah albaqarah ayat184... lihat pula haji "(musim) haji adalah beberapa bln yg di maklumi" (baqarah:197) begitu juga zakat, apabila sampai haulnya maka dikeluarkan zakat... bayangkan solat subuh bkn pada waktu nya, haji bkn pada waktunya, zakat bkn pada waktunya, puasa wajib bkn pada waktu nya, adakah kita akan mendapat pahala???perhatikanlah waktu sebaik nya bukankah waktu itu kehidupan??

Tapi realitinya skrg org non muslim yg lebih mengahargai waktu...lihat saja negara jepun, bukankah mereka maju di sebabkan menghargai waktu, berapa ramai org non muslim yg berjaya, mereka semua x mensiakan waktu2 mereka...

Bukankah Allah tlh memberi waktu kita di dunia ini untuk persiapan di akhirat kelak??adakah kita menghargainya??Allah berfirman "dan apakah kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yg cukup utk berfikir bg org yg mahu berfikir??dan apakah tidak dtg kepada kamu pemberi peringatan??maka rasakanlah (azab kami) dan tidak ada bg org2 yg zalim seorg penolongpun" (Fathir:37) Bukankah Allah mengancam bg mereka yg tidak mengambil berat mengenai waktu

Oleh kerana itu adakah kita umat muhammad??Apakah dgn waktu ini yg Allah sumpah??adakah kita memandang remeh???Apakah jwpn pabila ditnya di akhirat kelak?? Beruntunglah bg org2 yg pandai memanfaatkan waktunya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan