Rabu, 12 Mac 2008

Setelah lama tidak menulis

ASSALAMUALAIKUM,

setelah sekian lama pelbagai perkara sudah berlalu di sekeliling penulis yg x sempat ditulis. Memang penulis yg ini tidak suka menulis, tp lebih suka berbicara pabila berjumpa. Malangnya penulis hanya mahu berkongsi hanya satu perkara sahaja setelah melalui pelbagai perkara.

Hanya isu politik sahaja yg didengari, walau penulis berada di surau, di rumah, di tp jalan, hatta di dlm teksi sekalipun dpt di dengar penulis. Tapi bila difikirkan...x pela, hanya 4 tahun sekali...sekilas bicara soalan yg penulis tuju kepada seorg pemandu teksi dan juga seorg ustaz. "Apa pendapat pakcik mengenai pilihanraya XII tahun ni?" soal saya kepada pemandu teksi "Bg pakcik bagus juga kali ni BA byk menang, mungkin kerana rakyat baru nampak kesan2 hasil drpd pimpinan kerajaan(BN), lps ni walau BN memimpin pun mesti diorg akan lebih teliti dalam melakukan apa2 projek bg mengelakkan ketidak puas hatinya rakyat kepada kerajaan". bagus utk kerajaan ambil pengajaran. Soalan yg sama dituju kpd seorg ustaz, jawabnya "Peralihan kepimpinan hanya akan melatih mereka yg menang utk memimpin kerajaan. Jika PAS menang sekali pun, pasti kerajaan yg memegang pihak ketenteraan akan mengumumkan darurat tatkala tentera menyamar memakai serban, kopiah, menyerang rakyat secara terbuka yg akhirnya akan menyebabkan rakyat memaling semula ke parti kerajaan, pasti ini berlaku sekiranya perkara asas utk membina kerajaan iaitu membina peribadi tidak berlaku dikalangan rakyat malaysia" nyata hanya pembinaan peribadi sahaja yg akan membina negara islam.
teringat kata2 seorg abg "rakyat ramai undi PAS bkn sbb nak islam, tp hanya nak harga barang kurang dan semua perkara yg dijanjikan jika menang" begitulah warganegara Malaysia memberi pendapat mengenai pilihanraya XII tahun ni. Berubahkah negara?bergantung pada rakyat dan mereka yg memimpin, sedikit sahaja yg ingin di kongsi, yg lain boleh fikir sendiri.

Terfikir "bila la nak daulah malaysia ni"

byk lagi yg penulis ingin kongsikan, tp bkn di sini, jika bertemu i/Allah

wslm...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan