Isnin, 24 Disember 2007

Perasaan Ini

Merantau di seantaro dunia,
melihat ragam manusia,
pelbagai kelebihan dikurnia,
bersyukurlah kepada-Nya.

Melihat manusia yang pelbagai,
aku juga ingin seperti dia,
mempunyai rupa paras yang cantik,
mempunyai suara yang merdu harmoni seperti dia,
mempunyai kepintaran seperti dia,
mempunyai tubuh badan seperti dia,
ramahnya dia, aku juga ingin menjadi seperti itu,
pandainya dia menarik perhatian, aku juga ingin seperti itu,
senangnya hati dia tersentuh, mengapa aku tidak,
pandainya dia mengatur hidupnya, aku juga ingin mengatur hidupku seperti dia.

Mengapa dia begitu?! Mempunyai kebolehan yang aku juga inginkan sedang aku di sini masih belum tercapai. Mengapa aku tidak mampu?! aku juga ingin begitu! argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Mengapa aku masih di sini, tertinggal jauh di belakang, aku juga ingin maju laju terus kehadapan.
ARGH!!!!!!!!!!!!!!!!

Begitulah hati kecil ini berbicara, begitu besar harapan dan kemahuannya, kalo boleh semua mahu di perolehi, tanpa menilai takat mana kemampuan diri. Begitulah hati.

Sering kita terlupa, kita mahukan pelbagai macam benda, terkadang menangis bila tidak tercapai, dengki melihat orang lain mampu sedang diri terkaku diam. Lupa pada siapa perlu merayu, terlupa tanggungjawab yang dipikul di bahu. Mungkin kita sering merayu memohon pelbagai dan bermacam2 benda yang mahu diperolehi, tapi kita sering terlupa bagaimana hubungan kita dgn Yang Maha Mendengar rintihan dan rayu pohon doa kita. Itu lah kita, manusia yang sering alpa, lupa, lemah tak bermaya tanpa-Nya.

Semua benda adalah milikNya, pohon dan mintalah padaNya. Mungkin tak diterima disebabkan masalah hubungan kita dengan-Nya. Koreksi diri, muhasabah selalu, perbaiki diri, Insyallah maju

Tiada ulasan:

Catat Ulasan