Isnin, 19 Oktober 2009

Generasi Harapan!!

Assalamualaikum....
terasa lama pulak penulis tinggalkan blog ni....

Nak cita kat sini.. hari tu sekolah penulis ada buat ujian kemasukkan utk sesi taun dpn selama 5hari.. maka ramai la bdk darjah 6 yg dtg..satu kata2 lebih kurang mcm ni la bunyinya "sesuatu perkara tidak akan diterima melainkan hati si pemberi dan si penerima bersih". Untuk pengetahuan..penulis sgt tertarik dgn bdk2... dgr bdk2 cakap terasa tenang, dgr bdk2 bernasyid terasa syahdu, mungkin tu la sebabnya, bdk2 masih bersih...

Penulis cuba mengambil kesempatan 5hari yg ada utk bergaul bersama mereka,tapi malangnya di sibukkan dgn benda lain, menyebabkan penulis hanya sempat pada malam dan hari terakhir, mungkin hanya selama 15jam bersama mereka. Sungguh penulis terasa seronok gembira bersama mereka, mungkin kerna cara pergaulan mereka bkn seperti ramaja2 skrg, yela.. mereka pun ada background sekolah2 islam juga....menarik dan sgt tertarik...sempat juga la ingat2 nama & ambil email dan sbgnya..dlm tempoh yg sekejap itu juga la

Menjelang zohor sabtu mereka pulang berjumpa ibubapa tercinta, nyer la, 5hari tak jumpa, rindu la tu. Penulis pun terus tidur dari zohor terus sehingga asar,maklum la malam sblmnya penulis tidak tidur.. Setibanya malam... penulis berfikir

Alangkah indahnya mereka membesar dgn pentarbiyyahan yg baik, lihat muka ternampak sinar suci cahaya berkilau, terdetik di hati...inilah harapan, ya! inilah yg dinanti, yg layak membela agama ini! Ansarullah!! tp, masa berlalu membuatkn mereka akan terus membesar...membesar meningkat usia dari 12 ke 13, dan seterusnya..

Memikirkan usia yg sentiasa meningkat membuatkan penulis risau, sangat2 risau..apakah harapan ini akan terus menyala?? atau terpadam ditiup angin tarbiyah jahilliyyah sekeliling?? pabila di selidik ramai diantara mereka yg akan meneruskan di sekolah lama masing2.. tp setelah penulis merantau ke sekolah2 yg ada di malaysia ini.. hampir kesemuanya tidak mampu memberikan pentarbiyahan yg sempurna dan bagus seperti di sekolah penulis berada, bknlah penulis memperkecilkan sekolah2 lain, tp inilah yg penulis ketahui... sedih, terasa hancur hati pabila melihat mereka, generasi harapan bakal dihancurkan oleh sekolah2 yg dipilih... penat sudah penulis memujuk rayu mereka agar mendaftar masuk ke sekolah penulis, akhirnya mereka jugalah yg akan membuat pilihan...

akhirnya penulis menyimpulkan....selagi mana dunia ini atau secara khususnya malaysia ini tidak mengamalkan sistem islam, selagi islam tidak memimpin dunia ini, maka akan semakin ramai la manusia yg akan menjadi mangsa keadaan.. mangsa keadaan jahilliyyah yg mengotorkan segala fitrah suci remaja..

maka jgnlah lmbt dlm tarbiyyah, ingatlah!! sesaat kita lmbt pasti akan ada yg menjadi mangsa....so sentiasa laju memecut dlm menambah nilai2 di dlm diri dan terus bersama membina kembali daulah!! agar terbina generasi harapan, memacu keadilan memimpin dunia

fikirkan&hayatilah~